BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

.:: KeePsAke oF thE hEaRt ::.

it is not only what you give,
it is the thought that comes with your gift,
and the sincerity of heart that seals friendships
and strenghthens relationships.

21.3.12

23 sudaaa~~~

Alhamdulillah masih dipanjangkn usia.

Terima Kasih buat Abah n Mak yang telah melahirkan diri ini, memberi susu, makan n minum, jagaan yg rapi buat diri ini serta Kasih Sayang yang tidak berbelah bagi.

Abah,
Walau abah hanya bersama kami selama 12 tahun, tapi pengorbanan abah selama ni sentiasa diingatan. kasih sayang abah sentiasa bersama kami. garang abah, marah abah, ketawa abah, gembira abah tidak pernah dilupakan walau sedetik. 12 tahun itu terlalu kecil nombornya, begitu juga bagaimana ceteknya tahap kematangan pada ketika itu. rasa belom ckup lagi diri ini menerima kasihmu abah. terlalu dahagakan kasihmu abah. semakin meningkat umur ini, semakin menagihkan kasihmu. walau aku redha dgn kepergianmu tapi dahaga yg kurasa ini tidak mampu hilang dari jasad ini. biarlah doa dan amalan anak2mu ini yang menyampaikan kasih dan syg kami. maafkan kami andai kami tersilap langkah. tidak bermaksud ingin mengheret abah ke neraka, tapi kami khilaf. tidak juga menyalahkan takdir yang mengambil ambil terlebih dahulu, tapi kamu terleka. abah, tenangla disana. jihan akan sentiasa mendoakan abah, dan berharap agar abah juga mendoakan jihan agar terus2 kuat dibumi yang penuh dengan ujian dan dugaan ini.

Mak,
terlalu banyak dugaan dan rintangan yang mak lalui sepanjang tempoh pembesaran kami. maafkan jihan ada tersinggungkan perasaan mak, bukan sengaja tapi terlalu alpa. mak, terima kasih untuk segalanya. terima kasih sentiasa menjaga mkn minum, kesihatan, pakai, tingkah laku anakmu ini. kasih syg mak tiada tandingannya. maafkan jihan jika pernah menduakan kasih mu dgn org lain, bkn sengaja tapi terlalu terhibur dgn duniawi. mak ttp no 1 dihati, di ingatan berbanding org lain. mak, akn jihan belajar bersungguh2 untuk mu. akn jihan pastikan jihan berjaya dgn jyanya. akn jihan pastikan mak tidak perlu lagi terlalu runsing memikirkan kami. akn jihan pastikan mak. mak segala2 nya. sayang mak sgt3..

Adik,
kamu satu2nya adik yang aku ada. kamu satu2nya hero yang ada. jagala kami, peliharala kami, jadila imam kami. walau kita banyak bergaduh, bertumbuk tampar, tengking2. tapi itulah pengerat hub kita. yap. maafkan aku sekiranya terlalu kasar dgnmu, bkn tidak syg tapi menginginkan yg terbaik dari mu. hanya itu, tidak lebih. siapa lagi yang boleh diharapkan kalu bkn kau shaja seorg hero dlm keluarga kita. akak sentiasa syg kau. dunia akhirat.

terima kasih Ya Allah atas nikmat Islam, Iman, yang engkau beri ini. Saudara mara, Jiran tetangga, Sahabat2, Guru2 yang Kau kurniakan untuk kami. terima kasih. Bersyukur aku kehadratMu Ya Allah.

Terima Kasih....