BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

.:: KeePsAke oF thE hEaRt ::.

it is not only what you give,
it is the thought that comes with your gift,
and the sincerity of heart that seals friendships
and strenghthens relationships.

25.2.12

permulaan baru pada wktu terakhir

huhuhu.. sem 8 = semester terakhir bagiku. huwaaa. dh nk hbs,lpas ni nk watpe? keje? mkn anggur? smbung blaja? ouwwhh. xbley nk berfikir dgn wras sekarang apa yg perlu saya lakukan kelak setelah tamat pembelajaran. semester terakhir tak bermakna semester bulan madu, semester untuk gembira2. semester untuk hbskn waktu berjalan2 ke tempat yg x dijejaki dek kaki ni lagi di bumi perlis ni. tapi semester untuk struggle hbs2an selagi mampu. naik2 kn lagi pointer yg masih boleh dinaikkan. yah. azam untuk semester ini. *org lain berazam bila tahn baru. tpi azam aku bila start sem. hada haku kesah*. subjek yg diambl tak bnyk only three subjects. cketkn. no lab. ok, masa bnyk kosong, tapi tahukah anda masa kosong itu akn dipenuhi dgn FYP. yeah. setiap yg kosong pasti akn diisi dg FYP sec auto, xperlu nk spacekn that tme for fyp. automatically that time for me to complete my project. ok see then my timetable.


santekkn time table nie.. :)



ok... gambate!!!! moga permulaan yg baik ini akan berakhir dgn sesuatu yg baik juga~~~



16.2.12

PROGRESS FYP~~~

PROGRESS FYP buat masa ini, lebih kurang 3 minggu blik awal, akhir nya sampai disini la progress yang telah ku lakukan.

nie circuit yang berjaya di contruct dan berjaya juga menghasilkn output pada LCD itu.

ini transmission using bluetooth. berjaya. tapi belom berjaya jika digabungkan dgn PIC.
Ini la, antra kejayaan kami, (saya dan en SOfi). bebanyak terima kasih diucapkan buat en S0fi kerana dia akhirnya sampai ke sini jua la progress FYP aku.. huhuhu~~
memerlukan usaha yg lebih untuk trus berjaya..

arigatou gozaimasu~~

14.2.12

FYPees

huargghhh...
banyak nk cerita tentang FYP ni.

1. tajuk tukar. dan sudah melibatkan pihak Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.
- sebenarnya tukar applicationnya sahaja. dari elbow ke knee. yes. application nya ke knee. sebab apa? mengapa? kenapa? sebab penggunaan untuk elbow sgt kurang berbanding dgn knee. sebenarnya aku ada terpikir gak bende nie, sakit apa pada elbow yang menyebabkan kita nk guna bende ni, selalu ke guna. then tetiba suatu ketika en Shahril memanggl mengatakan DOktor Yazid mencadangkan agar project aku ni dibuat untuk knee(lutut). ok, aku setuju, bende yang sama jerk, cuma aku kene cari literature baru la untuk bende nie. only that, tapi sebenarnya payah juga la der. ko nk kene buat report baru yang sebenarnya hampir separuh siap. xpe la. mungkin ini ujian untuk aku berjaya.

2. hardware berjaya diconstruct.
- belum berjaya 100% lagi. only the transmittion frm pic to lcd. yes, the lcd successfull show the value needed with help from en sofi again. hehehe... credit to him.

3. prepresentation MID VIVA.
- tomorrow der ( 16 feb ) but i do nothing, mampusla malam ni x tido gamaknya.

mudah2an aku mampu menjayakan project ini. terima kasih Allah atas nikmat yang Engkau berikan.

Hafalan Shalat Delisa

sedih dan sayu sgt cerita ini. kami yg menontonnya menonton dalam gelap kerana malu dek berimbun2 air mata yang mengalir. seronok. serius. terdetik hati kecil untuk melakukan sedikit perubahan dari adik delisa. begitu tulus dan ikhlasnya dia. suci sunguh hati kecil itu. sebenarnya, cerita ini berkisarkan tentang tsunami yang melanda di Acheh. sedih sgt.

kata kata ini mengamit memory ku sentiasa..
" Delisa sayang ibu kerana Allah "
 MasyaAllah, menitis air mata ini ketika mendengarnya. sayu hati.
ikhlas - relakan segala-galanya, maka mudah segala apa yang kita lakukan.
khusyuk - focus pada yang satu. hinggakan berlakunya gempa pun Delisa tidak tahu. gitu mudah kanak2 itu belajar.
moga aku yg dah dewasa ini, mampu menjadi seperti Delisa. yang hanya mahu melakukan sesuatu itu adalah yang terbaik.

gambar, ikhsan dari pkck google.



dan...
paling menarik cerita ni, muka abi sebijik macm muka sepupu aku, zairullah namanya. moga dia juga menjadi abi yang baik buat puteri n puteranya.

hah, inilah abi Delisa, nama sebenar reza. time ni sebijik mukanya mcm cousin ku.
moga dari cerita ini kita mampu perbaiki kesalahan2 kecil yg mgkin kita tidak sedari sec langsung.
mari kawan2 tgok cerita nie...

aku nak cari novelnya pula. sebagai simpanan n pedoman di kemudian hari nanti.

10.2.12

library yang santek~

xtaw nk ungkapkan bagaimana keadaan perpustakaan di kampus tetap pauh UniMAP.
betapa cantik dan tenang.
tp aku ada satu kegayatan yang xdpt nk diatasi, t aku tunjukkan gmbr mana yer...
moh, nengok suasana lib kami yang sgt cantik~~~

unimap. pandangan dari aras 2.
ni cantik. pandangan dari bawah.

mcm dkt restaurant.

ni yg paling comel sekali~
dlm library pun ada zone bising~

see, najwa dh duduk bersila tgok novel~

dlm noise zone. seronok, sesuai cam tmpt ngumpat2 je ni.
tgok pemandangan belakang tu- awan yg sgt catik~~

yes!! ini dia, nmpk x mcm roller coster pusing2 tu, aku gayat klu naik ikut bende tu. tapi seriua best n cantik.

taman yang belom siap lagi, klu siap lagi cantik.
sempat lagi posing la der~~
kesimpulannya. sgt cantik dan xterkata dah kecantikan nya mcmana lagi. k bye.

6.2.12

kepentingan

pentingya org yg tersyg...
apa korg buat pada org tersyg korg bila korg nk g holiday nun di obersis nun.?? korg btaw x bila nk depart dh? btaw kn.. korng akn btaw juga korg sdg menunggu wktu ntok msuk, klu xsmpt btaw, t phm la yer yg nk berlpas dh nie..
apa perasaan nya bila org tsyg itu hnya dibtaw ketika wktu bekpas je. then after that, senyap sunyi gelap gulita dunia??
mest org tsyg akn terpk, knpa xbtaw? xpntg ke  aku?
korng pasti akn btaw korng dh nk berangkat pada org2 kesayangan dan penting bg korg kn??
erm.. xmampu berfikir dh. tido lagi baik.
bye peeps.. ~~~
nunyte.
salam~~~~~~

3.2.12

good news in good day

good news??? wats that?? hehehe.. meh jah, akak nak citer ni (gaya2 makcik nk start ngumpat ni). mak aku tdi msg katanya akak kesayanganku, kak eid mengandung 6minggu. waw!!! tiada lafaz lain melainkan Alhamdulillah kututurkan. gembiranya mcm aku yg nk dpt anak ni jah ooiiii~~
xhbs disitu, next text msg pula kata, kak yan pun sama. dh 3bulan. waww!!!! bertimpa2 kegembiraan yg dirasa...

walau mereka bkn kakak kandungku, tpi mereka ibarat keluargaku. tidak akn kulupa mereka hingga akhir hayat ini. Alhamdulillah kututurkn tnpa putus sjak terima berita ni. gembiranya xdpt nk digambarkan ko taw jah... ouwhhh..

ok, plas ni kita hupdate lain yer.. meh cuci mata tgok gmbr izz bersama mama yong n mak ngahnyer...

wif izz, mama yong n mak ngah. kt JPO lagi jah. jgn maen2~~~

suatu ketika dulu. three sistas.~~~

ayiz ketika mama yong dia jaga kejap.

1.2.12

muka baru

dh muka baru dh aku punya belog nie.. cantik ker?? hah, peduli apa cantik ke x, aslkn ringkas n ringan dibuka. huwaaaa~~~

mula2 aku xtaw pun pasal ringan2 nie, tp setlah baca belog cik yuyu bru aku taw, rpanya belog pun ada kandugan berat juga. hehehe...
so, dgn itu aku pun meremovela segala mcm bende xbape nk berpekdah sgt. ckupla sekadar tulisan2 yg kurang sedap, enak dan cantik ini yg menghiasi belog ni. huhuhu.. ayat pun mcm dh nk power cket dh nie..
papepun.. keep ....... keep apa?? keep in touch??? wateva lah. huhuhu..

salamZ~~~~~~~~

Maksud bacaan solat

# sumber: ♥ KunfayakuN ♥: Maksud bacaan solat

"Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu
tetapi hati antara tidak dan mahu
pantaslah Allah perlakukan kita begitu."


** Sedihkan kalau kita lakukan sesuatu tapi kesudahannya ia adalah sia-sia? Jadi, luangkan sedikit masa untuk membaca maksud bacaan dalam solat ini supaya takbir kita, rukuk kita, sujud kita tidak hanya 'bagai kambing menanduk bukit' <3



Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk
Maha suci Tuhanku yang maha mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud
Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, kayakan aku, angkatlah darjatku, rezekikan aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.


Bacaan ketika tahiyat awal
Segala ucapan penghormatan,segala kurnia, segala ucapan pengagungan dan pujian hanyalah milik Allah.
Semua perlindungan dan pemeliharaan untukmu, wahai Nabi, begitu pula rahmat Allah dan segenap kurniaNya.
Semua perlindungan dan pemeliharaan semoga diberikan kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Tambahan untuk tahiyat akhir
Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya.
Berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
Sebagaimana Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahteralah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau pimpin.
Berkatilah untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan taubat pada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

♥ KunfayakuN ♥: Lili dan Hati

♥ KunfayakuN ♥: Lili dan Hati: Ini Lili. Lili punya sekeping Hati yang merah dan cantik sekali. Lili membawa Hati kemana-mana sahaja Lili pergi. Bonda Lili pesan, "Lili...

wanita

Mampukah aku menjadi seperti Khadijah.?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah senang rela bersama


Dapatkah kudidik jiwa seperti Aishah.?
Isteri Rasulullah yang bijaksana
Pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang
Tiada sebarang harta dunia
Layaklah dia penghulu wanita syurga
Ketika aku marah
Ingin kuintip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah
Mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka.?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah..



[Hadiah buat Muslimah]




#sumber :: http://farahinlee.blogspot.com/