BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

.:: KeePsAke oF thE hEaRt ::.

it is not only what you give,
it is the thought that comes with your gift,
and the sincerity of heart that seals friendships
and strenghthens relationships.

6.8.12

S.A.H.A.B.A.T

Sepanjang perjalanan hidup bergelar mahasiswi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)…

sahabat, kawan n teman lah yang setia berada disisi tak kira waktu, susah, senang, gembira, sedih, menangis. Setiap waktu dihabiskan bersama mereka. Mereka lah segala-galanya ketika berjauhan dari family tercinta ni. Tanpa mereka mungkin aku kecundang. Tanpa mereka mungkin aku lalai dengan nikmat dunia ni. Tanpa mereka mungkin aku alpa dengan urusan dunia. Tanpa mereka mungkin aku tidak akan berjaya hingga ke sem akhir. Mereka la sahabat, merekalah teman, merekalah keluarga aku. Semua kasih dan sayang aku tumpahkan pada mereka tidak berbelah bagi. Adakala aku suka berkeseorangan untuk mengejar kejayaan yang berada dihujung target yang perlu aku capai. Dan mereka juga memahami. Owh, terima kasih teman, sahabat, kasih dan sayang. Mereka lah yang sentiasa disisiku ketika susah dan senang. Mereka la disisiku ketika aku memerlukan.

1.       AUNI

4 tahun kita bersama. Duduk bawah satu bumbung. Andalah yang paling penyabar sekali. Menahan semua sikap buruk yang saya ada. Owh, rindu zaman2 berjimba diluar mahupun hanya dirumah. Anda juga la dalam diam memahami saya. Kalau saya gaduh dgn boyfee pun anda juga la yg tahu. Sayang kamu sangat3. Tapi saya bukan kawan yg baik mungkin, sebab bila kamu menitiskan air mata saya terkelu tidak terkata. Tidak tahu apa harus dikatakan, ayat apa yg perlu dikeluarkan untuk menenangkan hatimu. Tapi kamu kuat. Kamu tabah. Moga hubungan kita ini kekal hingga ke syurga. Tiada a[a yg dapat memisahkan kita melainkan mati. insyaAllah. Andala sahabat saya dunia akhirat. Saya minta maaf atas salah silap saya selama ini dan minta dihalalkan segala makan minum yang sama2 kita belanjakan. Moga kamu sukses dalam kerjaya kamu kelak.

2.       AIN

Kamu juga, sahabat saya selama 4tahun, sebumbung. Terlalu banyakkan dugaan kita bersama. Bergaduh besar dan macam2 lagi. Hati kamu lembut. Moga segala ujian dari-Nya mampu kamu tempuhi dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Rindu saat kita keluar beli2 makanan, pasti tak hengat dunia punya beli. Tapi kamu maintain kurus. *ok, saya jeles.*. saya kene bersusah payah menahan makan untuk menjadi kurus. Owh itu pun tidak kurus mana. Tak macam kamu yg dah boleh pakai bju kecik2 cket. *jelessss okkk.* terima kasih untuk kasih dan saying selama persahabatan kita, moga kasih dan saying itu kekal sampai bila2. Kita tetap sahabat dunia akhirat, insyaAllah.

3.       SYAHIRAH

Hai adik, eh, umur kita sama lah. Hehehe.. kamu, suka sedih2 bila kita nak berpisah kn.. even bila kami nak pindah semarak padahal kita tetap akn berjumpa. Akhirnya kamu selalu kesemarak kn. Hehehe. Nasib baik x nangis teresak2, hentak kaki bila berpisah dulu kala. Tapi serius sedih bila salam terakhir darimu bila ya nak balik untuk ber’LI’ pula. Kerana itula pertemuan terakhir kita diperlis. Eh, tak berakhir lagi la. Konvo t boleh jumpa lagi. Hee. Saya kurang rapat dengan kamukn. Sbb tempoh kita bersama 3tahun tak mencukupi, lagi2 saya selalu keluar seorang tanpa kalian. Kadang2 bila nak spend time dengan kalian, kalian pula yg dh ada perancangan sendiri bersama kalian. Apa boleh buat. Walau apa pun terjadi persahatan kita takkan putus. Terima kasih untuk semuanya. Moga anda Berjaya menjadi seorang Biomedical Engineer.

4.       ZAHRA

Ok, ni kawan sejak dari orientasi lagi. Mula2 dia ni skema giler tahu. Pakai baju kurung jerk. Lama2, dia buat transformasi, baju kurung hanya waktu presentation jerk. Hehe. :P . mula2, dia la roommate aku  sebelum aku berpindah mengikuti SUKSIS. Masa nk pindah agak sedih ok. Padahal satu kos, mana2 pun bersama kecuali nk tido. Mula2 dulu selalu blik rumah dia, tido sebantal ok. Lama2 kehidupan semakin busy dan sangat susah dah nk tido umah org. tapi kitaorg ttp kawan rapat sampai keakhir pengajian. Walau dah tak serapat sebelomnya, tapi dia tahu dan faham ketika dan waktu aku sedih dan bermasalah. Dia pasti akn skype tnya klu aku ada masalah. Owh kawan, aku tak pernah tnya masalah pada ko, walau aku tahu engkau ada masalah tapi aku tak pernah tnya. Maafkan aku teman. Masalh percintaan aku pun dia lah yang bnyak tahu. Hoi, tak boleh lupa ok, dulu mcm budak2 nangis. Dia lah penenang jiwaku. Temani aku kemana sahaja. Aish, tak boleh lupa. Terima kasih la untuk semuanya teman, tak mampu aku nk balas. Aku hanya mampu berdoa agar engkau menjadi anak yang solehah dan mampu menjaga family kau nanti. Tanggungjawb kita berdua sama sebagai anak yag sulung. Moga kita berdua mampu tempuhi segala ujian.  Tapi, dia ni degil. Ok end~


5.       MEEZAH

Dia berasal dari Serawak. Makin lama perhubungan semakin rapat kami. dulu kalu dekat kelas aku dgn zara je duk depan, dia ngan qila suka duk blakg, mkin lama tertukar dh dgn zara, dia duk depan, zara duk belakang. Tiap2 sem pasti ada janji dgn parentuntuk improve, tapi aku tak tahu ler trtunai ke idak perjanjiannya. Dia juga yg bnyk memahami bila berlaku persengketaan antra sahabat. Iya, dia sentiasa bersama aku. Teriam kasih teman. Walau sebesar mana pun persengketaan itu, dia pasti bersama aku. Kadang2 dia pula yg bersengketa. Aku pula yang menemaninya. Ok, trasa rugi sbb tak dpt join kalian berholiday ke Borneo. Erm.. munkin satu hari nanti. Mek, moga kau bahagia bersama keluarga tersayang.
6.       QILA

Qila, panas baran orgnya. Jangan silap cakap dengan dia, nanti suara dia naik satu oktaf. *ekh, ni ayt dlm novel Hlovate* . kenapa dgn dia ekh? Ok, aku jeles bila dia selalu msg dgn dia. Tapi lama2 boleh terima, kan kita semua kawan , kn3. Ok, aku kuat cemburu rupany, hahaha. Dia sangat cantik apabila dia senyum. Tapi susah nk tgk dia senyum. Mungkin dia simpan untuk suaminya kot. Dia girang dan periang orgnya. Owh, gembira bersama kalian semua la. Tak terkata dah kegembiraannya.
NAJWA

Ini, kawan seperniagaan. Niaga apa? Adalah. *poyo giler*.  Kami berlima, walau berlainan haluan  tapi kami tetap bersatu hati. Itula kami. ini, dia sangat dedikasi orgnya, tahun akhir satu rumah aku mengikuti kededikasiannya dlm belajar. Kadang2 dia tido aku dh study, knapa sbb aku kurang pandai, dia cerdik, apa yg aku belajar sebulan dia mampu hbskan dalm masa seminggu. Itula dia. Aku kenela sedar diri yg dri ini kurang cekap, jadi memerlukan usaha yang lebih untuk setanding.  Happy go lucky person. Suka enjoy, tpi tak pernah lupa tenag plajaran. Tgok movie smbil belajar pun xdehal la. Hehehe. Moga persahabatan ini kekal hingga ke jannah.

7.       SUHAIDA

Si kalut. Hehehe. Kwn pertama jumpa masa kt unimap. Senang untuk mengenalpasti beliau, kerana mendengar suara dari jauh dh taw siapakah gerangannya. Kalut xhabis. Tapi dia sangat berdedikasi dalam pelajaran dia. Nasihat maknya tak pernah sikit pun dilanggar. Anak yang solehah. Jadi housemate untuk 2tahun. Tahun pertama dan tahun terakhir. Tahun pertama sangat pembersih dan sangat rajin mengubahsuai kedudukan perabot. Bila pindah umah lain bising2 sbb kawan rumah tu tak sebersih dia. TAPI!! Tahun terakhir kembali bersama dh tertukar plak dia ni. Tak sebersih yang dulu dan serajin dulu. Selalu terkene sinisan2 pedas dari aku. *sila maafkan saya wahai suhaida ^^*. Walau apapun anda telah melakukan yg terbaik. Dia juga pernah pujuk saya menangis satu hari dulu. Dia pujuk saya. Rindu saat itu. Terima kasih atas kenangan2 kita bersama ye.

8.       RIZDUAN

Anda. Andalah dulu  buah hati jantung saya :P . kemana ada kamu disitu ada saya. Tahun pertama saya tidak mengenali dia. Tidak tahu langsung nama dia siapa. Dan tidak pernah bercakap sepatah kata pun. Suatu ketika dulu, bila menemani ain ke padang besar bersama dia, dari situ bermula segalanya. Dia ngorat aku tahu tak. Aku pergi library, dia ikut pergi library. Aku nk g beli brg dia ikut prig beli barang. Sweet kot waktu dulu. Bila dia ajak keluar, aku xpernah keluar berdua dengan dia, almaklum, muka playboy kot, sape tak takut. So, tiap kali nk kuar aku akn kuar dengan zara, meezah n qila. Bila dah confirm menjadi buah hati baru la aku berani keluar berdua sahaja. Time birthday aku dulu, bawa pergi makan celebrate, bawa pergi tepi laut. Seronok. Tapi tula. Kata orang manis bercinta sebelum nikahni, pada permulaan nya aja. Dia dah tak sweet dulu waktu dia sedang mengorat saya. Saya rindu saat itu. Kah2. Dulu lain, sekarang lain. Banyak yg kita dh lalui bersama. Banyak pengajaran yg kita dapat dari pengalaman ini. Bnyk juga yg aku pelajari dari dia. Moga persahabatan ini kekal hingga kita bertemu ajal nanti. Kalau nk kawen jangan lupa jemput yer. J

9.       KAK SARA & KAK UMI

Dua kakak ini. Owh, saya admire mereka dalam pelajaran. Semua kerja siap awal. Jadi, saya menjadikan mereka contoh untuk tahun terakhir pengajian saya. Dan Alhamdulillah saya Berjaya. Terlambat sebenarnya, kalu dari dulu pasti saya cmerlang. Tapi kata pujangga, untuk berubah tiada istilah terlambat. Walau mereka ni skema dlm pelajaran tapi dorg sangat sempoi, enjoy, tetap enjoy k. tengok je la gambar2 tu sume, sume gambar berenjoy bersama. Rindu dengan telatah mereka. Kak sara, sila lah attend konvo yer. Kita meraikan kejayaan kita slama 3thun bersama dengan jubah itu nanti. Kenangan ini tidak akan dilupakan sampai bila2.


Itulah antara mereka yang terapat dengan aku. Mereka2 yang lain juga aku sayang. Tidak sebut kt sini bukn bermakna tidak ingat yer wahai kawan. Kalian semua sentiasa diingatan. Moga persahabatan kita, kasih saying yang terjalin antra kita kekal buat slamanya. Jgn lupakan saya taw, walau saya pendiam, saya saying semua.