BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

.:: KeePsAke oF thE hEaRt ::.

it is not only what you give,
it is the thought that comes with your gift,
and the sincerity of heart that seals friendships
and strenghthens relationships.

26.12.11

salam takziah

hari ini, 27 disember 2011 dlm jam 4.40pagi..
ayah kepada kawan saya hidayatul ain aziz telah pulang ke rahmatullah.

innalillahiwainnalillahiraji'un

semoga engkau tabah ain. aku tau kau kuat dlm menempuhi segala rintangan dan ujian.
mungkin ini ujian terbesar bagi engkau, tpi tiada pilihan lain yang mampu engkau lakukan selain redha, terima ketentuannya, tabah serta kuat dalam mengharungi hari2 mendatang. engkau kehilangan seorang yang paling engkau syg tpi Allah memberikan lagi ramai orang yang menyayangi engkau. Allah tidak pernah tidak adil dgn hamba-Nya.

aku pernah merasai ini 10 thun dahulu. bezanya cuma ketika waktu itu aku tidak matang untuk berfikir. aku menasihati engkau agar tabah tapi sehingga sekarang aku yg sdh 10 thun kehilangan masih tidk kuat, masih menangis dan sebenrnya dlm diam juga aku tidak meredhainya. aku bnyk berdosa, sbb aku selalu mempertikaikan kepergian abah. maafkan aku Ya Allah.
astagfirullahala'zim

tapi kita ttp harus kuat dan tabah untuk mereka2 yang berada disekeliling kita. mereka juga menyayangi kita dan tidak ingin kita trus2an bersedih. jadi tabahla kuatlah untuk adik2 serta mak yang sentiasa bersama kita. kita ttp harus trus berusaha agar berjaya untuk menjaga mereka. sesusah mana seperit mana pun ingat la Allah menjanjikan yang terbaik untuk kita. ingat la itu. bkn sahaja untuk kau ain, tpi untuk diri aku juga.

aku lemah. aku tidak setabah engkau. tapi kelemahan aku, hanya aku n Dia yg tahu. biarlah org sekeliling nmpk kita kuat serta tabah agar mereka tenang dan bahagia degn ketabahan kita. agar mereka juga tabah seperti apa yg kita tunjuk.

untuk kawan2 yg baca, mohon doakan agar ayah kepada sahabat saya ini ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. moga Allah memberikn dia dan keluarga kekuatan serta ketabahan dlm mengharungi dugaan besar ini.  Al-fatihah.

1 comments:

Anonymous said...

InsyaAllah..